Blog

  • Mengapa Belajar Al-Quran Perlu Berguru?

    Mengapa Belajar Al-Quran Perlu Berguru?

    Ramai yang menyangka bahawa apabila telah boleh menyebut huruf al-Quran, boleh menyebut kalimah al-Quran dengan lancar, maka itu sudah dikira boleh membaca al-Quran. Jika itulah maksud ‘pandai baca Quran’, maka apa bezanya kita membaca al-Quran dengan kita membaca teks Arab? Dan apa bezanya orang Arab yang membaca al-Quran dengan orang Arab yang bercakap bahasa Arab?

    Yang membezakannya adalah TAJWID. Yang dikatakan membaca al-Quran dan dikira ibadah serta layak mendapat pahala adalah apabila membaca al-Quran dengan mendirikan haknya iaitu dengan bertajwid. Dengan sebab itu, mempelajari tajwid adalah wajib bagi yang membaca al-Quran.

    Bagaimana yang dikatakan sebuah bacaan itu mengikut standard tajwid? Kayu ukurnya adalah sehingga dapat memberikan hak-hak huruf (sifat-sifatnya) dan yang berhak ke atas huruf tersebut.

    Untuk memastikan pembaca dapat menunaikan hak-hak huruf tersebut, di sinilah perlunya guru yang perlu menyemak dan membetulkan bacaan pelajar secara berhadapan.

    Justeru. Lancar Ngaji diadakan adalah untuk memenuhi keperluan ini yang bukan sahaja secara praktikal, bahkan secara teori juga bagi memberi pendedahan kepada masyarakat akan kaedah sebenar penyebutan makhraj huruf yang sering berlaku kesalahan dan diambil ringan.

  • PENGENALAN

    Lancar Ngaji adalah sebuah tutor kelas al-Quran yang diadakan untuk membantu masyarakat sama ada kalangan kanak-kanak atau dewasa untuk memulakan membaca al-Quran. Keprihatinan masyarakat hari ini terhadap al-Quran menjadi suatu perkembangan yang baik sehingga permintaan untuk mengikuti kelas al-Quran bertambah.

    Justeru, Lancar Ngaji merangka sistem pembelajaran al-Quran yang menekankan aspek teori dan praktikal sebagai pelengkap disiplin Ilmu Tajwid. Untuk memenuhi keperluan ini, Lancar Ngaji telah menyediakan guru-guru yang terlatih dan berpengalaman dalam membimbing pelajar sama ada pengajian secara dalam talian atau bersemuka.

  • Selamat Datang

    Assalamualaikum wrt wbt kepada para pengunjung. Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian dalam halaman ini dalam usaha memperbaiki bacaan al-Quran dan penghayatan terhadap isi kandungannya.